Pengenalan


Pernahkah anda bermimpi untuk memiliki sebuah stokis perniagaan sendiri? Jika jawapan anda Ya, sertai kami di eCosway. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jadilah yang terawal untuk memiliki sebuah stokis perniagaan sendiri dengan kos permulaan dan risiko yang rendah. Kami akan membantu anda mencapai impian dan matlamat selama ini. Bersama kami di dalam rangkaian Francais eCosway dengan memiliki sebuah stokis perniagaan.














Apakah Perniagaan Francais?

Perniagaan Francais di kategorikan sebagai perniagaan sendiri, iaitu kita sebagai Francaisi dan pemberi hak francais itu pula dikenali Francaisor. Perniagaan Francais memerlukan modal yang besar sekitar RM200,000 hingga RM2.5 juta sebagai permulaan. Biarpun perniagaan francais memerlukan modal yang besar, namun keuntungan yang bakal diperolehi juga berlipat kaliganda. Titik pulangan modal juga mengambil masa yang lama dan menjangkau beberapa tahun.






Bilamana melibatkan permulaan modal yang besar, tidak ramai yang mampu untuk memiliki peluang berniaga sebegini. Walaupun modal besar ini boleh diperolehi dengan pinjaman bank, namun syarat-syarat yang dikenakan adalah ketat sebelum mendapat kelulusan. Diantara perniagaan francais yang umum diketahui di Malaysia adalah KFC, McDonalds, Stesen Minyak Shell, Petronas, 7-Eleven, Laksa Shack dan Secret Recepi. Walaupun dengan kekurangan atau langsung ketiadaan modal, masih ada juga yang ingin menceburi perniagaan ini kerana mereka yakin dengan latar belakang sistem perniagaan francais ini.

Perniagaan Francais bersama eCosway





eCosway telah membuka peluang yang dikenali Projek Francais Tanpa Modal Dan Risiko kepada semua rakyat Malaysia. Kini eCosway dan bakal-bakal pemilik stokis bersama-sama berganding bahu demi mencapai kesejahteraan hidup dan matlamat menguasai dunia francais MLM. Melalui penubuhan stokis-stokis baru di seluruh Malaysia dan beberapa negara lain seperti China, Thailand, Singapura, Indonesia dan beberapa negara Asean lain. eCosway sebuah syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Berjaya Berhad. Berjaya telah memperuntukkan modal sebanyak 500 juta kepada eCosway untuk menjayakan projek ini. Pelancaran projek Fasa 1 telah bermula pada Mac 2008 dan Fasa 2 pula bermula April 2009. Projek ini memsasarkan 1000 buah stokis seumpamanya akan dibuka di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kuota yang di peruntukkan untuk Bumiputera pula adalah 30%-40%.

Namun begitu peluang ini tidak ramai yang tahu, atas dasar inilah maka kami berikrar untuk berkongsi maklumat menyebarkan dan menghebahkan projek ini kepada orang ramai. Kami juga ingin menjadi medium perantara di antara eCosway dan anda untuk memiliki sebuah stokis perniagaan eCosway sendiri












Apa yang menariknya tentang projek ini?

Projek Francais eCosway menyediakan semua kemudahan berikut kepada bakal pemilik stokis seperti:

1. Sewa kedai
 PERCUMA.
2. Pengubahsuaian kedai
 PERCUMA.
3. Infrastruktur
 PERCUMA. (TV Plasma, Pemain DVD, Penyaman Udara, Pemasangan Talian Telefon, Pemasangan CCTV, Sistem Pintu Keselamatan serta semua kelengkapan operasi kedai yang berkaitan).
4. Stok barang perniagaan bernilai RM300,000-RM500,000
 PERCUMA.
5. Bil Elektrik dan Air
 PERCUMA.
6. Promosi perniagaan
 PERCUMA.
eCosway yang dilancarkan pada 2002 merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang giat berkembang pesat dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. eCosway mempunyai ribuan pusat jualan di serata Asia dan juga Australia.

eCosway adalah subsidiari Cosway Malaysia (diasaskan pada 1979) dan ahli Kumpulan Berjaya sebuah konglomerat utama di Asia yang menjalankan perniagaan berteraskan: Pemasaran Konsumer dan Jualan Terus, Perkhidmatan Kewangan, Makanan & Minuman, Pelaburan & Pembinaan, Hartanah, Pelancongan Berkongsi Masa, Hotel, Resort & Pembangunan Rekreasi, dan Pemegangan Pelaburan. Selain itu, Berjaya juga mempunyai kepentingan dalam perniagaan berkait-internet, utiliti, penyiaran, media, telekomunikasi dan pendidikan.










eCosway telah dianugerahkan dengan "Status MSC" oleh Kerajaan Malaysia berdasarkan sumbangannya yang cemerlang terhadap pembangunan dan perkembangan teknologi maklumat.